Gema Semua Maklumat

PAS mahu bertanding semua kerusi di Terengganu

PAS mahu bertanding semua kerusi di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 18 Syaaban 1438H, Isnin – PAS akan bertanding semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pesuruhjaya PAS negeri yang baharu, Datuk Husain Awang berkata, keputusan itu diyakini dapat meningkatkan jumlah kerusi bagi membolehkan mereka menerajui negeri.

Meskipun kali ini kemungkinan semua kerusi akan melibatkan persaingan tiga penjuru, beliau bagaimanapun berkata, ia tidak dilihat sebagai faktor yang boleh melemahkan parti.

“Kita telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan keadaan. Sama ada dua atau tiga penjuru, tidak menjadi soal,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat Badan Perhubungan PAS negeri dan mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2017-2019.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kerusi yang disasarkan dapat diperoleh.

Husain juga tidak menolak kemungkinan akan kembali bertanding pada PRU-14 dan menyifatkan barisan kepemimpinan yang baharu dibentuk dengan gabungan pelbagai latar belakang dan peringkat usia sebagai persediaan untuk mengambil alih kerajaan.

The post PAS mahu bertanding semua kerusi di Terengganu appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS mahu bertanding semua kerusi di Terengganu
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS mahu bertanding semua kerusi di Terengganu"

Back To Top