Gema Semua Maklumat

Gaza akan hadapi krisis kemanusiaan teruk jika bekalan elektrik dipotong: PBB

Gaza akan hadapi krisis kemanusiaan teruk jika bekalan elektrik dipotong: PBB

NEW YORK, 1 Ramadan 1438H, Sabtu – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timur Tengah memberi amaran berhubung krisis kemanusiaan yang akan dihadapi oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza jika bekalan elektrik terus dipotong ekoran pertelingkahan politik dalaman.

Penyelaras khas PBB, Nickolay Mladenov berkata, Israel dan pihak berkuasa Palestin termasuk Hamas bertanggungjawab untuk kesejahteraan penduduk di Gaza.

Kemelut itu tercetus daripada keputusan pihak berkuasa Palestin yang akan mengurangkan bayaran tenaga elektrik di Gaza kepada Israel.

Susulan itu, Israel mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan bekalan tenaga kuasa kepada penduduk Gaza, kepada empat jam sehari. Bagaimanapun, tarikh pelaksanaan perkara itu masih belum ditetapkan.

Mladenov berkata, hospital hampir tidak berfungsi tanpa tenaga kuasa, dan proses pembedahan akan kerap ditangguhkan termasuk menyukarkan proses pembersihan pensterilan.

“PBB telah memberi amaran sekiranya masalah struktur bekalan elektrik di Gaza ini tidak ditangani dengan baik, mereka bakal berdepan dengan krisis kemanusiaan.

“Berapa lama yang kamu boleh fikir boleh hidup jika ia dikurangkan lagi kepada dua jam sehari? Siapakan yang akan membayar harga peningkatan keganasan berikutnya,” katanya.- Agensi

The post Gaza akan hadapi krisis kemanusiaan teruk jika bekalan elektrik dipotong: PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Gaza akan hadapi krisis kemanusiaan teruk jika bekalan elektrik dipotong: PBB
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Gaza akan hadapi krisis kemanusiaan teruk jika bekalan elektrik dipotong: PBB"

Back To Top