BEIRUT, 1 Ramadan 1438H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 106 orang awam termasuk 42 kanak-kanak terbunuh dalam siri serangan udara yang dilancarkan oleh gabungan Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah bandar yang dipegang IS di timur Syria.
Pusat pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, jumlah kematian itu akibat serangan udara yang mensasarkan Al Mayadeen di wilayah Deir Az Zor.
“Terdapat dua serangan, iaitu pada malam Khamis dan selepas tengah malam, mensasarkan kediaman keluarga kumpulan militan IS.
Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman berkata, kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah warga Syria dan Maghribi yang melarikan diri ke Al Mayadeen dari bandar IS, Raqqa.
Katanya, pada serangan pertama dilancarkan telah membunuh 35 orang awam, dan bakinya adalah pada serangan kedua.- Agensi
The post Lebih 100 orang awam terbunuh serangan udara sekutu AS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lebih 100 orang awam terbunuh serangan udara sekutu AS
0 Komentar untuk "Lebih 100 orang awam terbunuh serangan udara sekutu AS"