GAZA, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza memberi amaran bahawa semenanjung itu kini dilanda masalah kekurangan ubat dan berada pada tahap membimbangkan, menurut Institusi Media Al-Resalah yang berpangkalan di Gaza.
Pada sidang media di Hospital Gaza baru-baru ini, jurucakap kementerian berkata keadaan itu boleh menjadi bencana jika kekurangan ubat berterusan terutamanya ubat untuk pesakit dialisis.
Kekurangan ubat turut memberi kesan kepada hospital Bani Rantisi, satu-satunya hospital kanak-kanak di Gaza.
Jurucakap berkata, krisis perubatan dan ditambah pula dengan masalah bekalan tenaga elektrik menyebabkan kehidupan 40 pesakit di hospital berisiko.
Ubat untuk pesakit buah pinggang dan mereka yang mengalami penyakit saraf, katanya telah digunakan sepenuhnya.
Krisis bekalan tenaga elektrik mengakibatkan pakar bedah serta jururawat di unit kecemasan dan rawatan rapi hospital menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugas mereka.
Menurut Al-Resalah, kebiasaannya bekalan tenaga elektrik di Gaza hanya selama empat jam sehari.- Bernama
The post Gaza: Kekurangan bekalan ubat di tahap membimbangkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Gaza: Kekurangan bekalan ubat di tahap membimbangkan
0 Komentar untuk "Gaza: Kekurangan bekalan ubat di tahap membimbangkan"