BANGI, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Tindakan sekumpulan pelanggan membawa masuk anjing ke dalam restoran makanan segera, McDonald di Bukit Indah, Johor menyebabkan premis berkenaan disamak.
Pengurusan McDonald Malaysia berkata, tindakan pelanggan berkenaan melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang haiwan peliharaan berada di premis makanan.
Malah katanya, ia juga melanggar peraturan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Kami (McDonald’s Malaysia) sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan Halal di semua premis kami,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.
Katanya, pihaknya segera bertindak selepas menerima aduan daripada pelanggan dengan menjalankan proses pembersihan (samak) dengan serta-merta di ruang lobi luar premis dengan panduan pengurusan masjid berhampiran.
“Langkah itu dilakukan susulan tindakan sekumpulan remaja bukan Islam membawa anjing peliharaan mereka dan duduk di ruang lobi restoran berkenaan dalam kejadian, pada malam Ahad lalu,” katanya.
The post Pelanggan bawa masuk anjing, McDonald samak restoran appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pelanggan bawa masuk anjing, McDonald samak restoran
0 Komentar untuk "Pelanggan bawa masuk anjing, McDonald samak restoran"