Gema Semua Maklumat

Harga RON95, RON97 turun 2 sen

Harga RON95, RON97 turun 2 sen

BANGI, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Harga runcit bahan api bagi RON95, RON97 dan diesel diumumkan turun pada minggu pertama Jun, berkuat kuasa tengah malam ini.

Menerusi pengumuman yang disiarkan di stesen TV1 RTM petang tadi, harga siling produk RON95 dan RON97 turun sebanyak 2 sen seliter, manakala diesel 1 sen seliter.

Harga baharu berkenaan menjadikan RON95 kepada RM2.10 seliter, manakala untuk petrol jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula ditetapkan kepada RM2.38 seliter.

Selain itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel pula diumumkan RM2.02 seliter, berbanding RM2.03 sebelum ini.

Kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum itu bermula dari pukul 12.01 tengah malam 31 Mei sehingga 11. 59 malam 7 Jun depan.

The post Harga RON95, RON97 turun 2 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Harga RON95, RON97 turun 2 sen
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Harga RON95, RON97 turun 2 sen"

Back To Top