Gema Semua Maklumat

Hati-hati emel palsu: TNB

Hati-hati emel palsu: TNB

KUALA LUMPUR, 24 Syaaban 1438H, Ahad – Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai untuk tidak mempercayai e-mel yang mendakwa kononnya mereka memenangi hadiah RM150,000 daripada syarikat itu.

Dalam satu kenyataan media, TNB berkata, emel seperti itu disebarkan sejak tahun 2015 bagi memperdaya orang ramai kononnya mereka telah memenangi wang tunai.

“Ia merupakan emel palsu daripada pihak yang tidak dikenali untuk mencuri maklumat peribadi seseorang.

“Orang ramai yang menerima emel berkenaan diminta tidak melayan emel tersebut untuk mengelakkan diri mereka teraniaya,” kata kenyataan itu, semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, sebarang maklumat tambahan boleh diperoleh dengan menghubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454.

The post Hati-hati emel palsu: TNB appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hati-hati emel palsu: TNB
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Hati-hati emel palsu: TNB"

Back To Top