RIYADH, 24 Syaaban 1438H, Ahad – Arab Saudi menubuhkan sebuah pusat digital untuk memantau aktiviti kumpulan pengganas Daesh dan militan lain yang semakin berleluasa.
Penubuhan itu dibuat susulan kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke negara, semalam.
Ketua Setiausaha Liga Islam Dunia, Mohammed al-Issa berkata, pembukaan pusat itu adalah satu-satunya cara untuk menundukkan ideologi dibawa Daesh dan kumpulan pengganas lain.
Pusat berkenaan akan dibuka esok dalam satu majlis perasmian yang turut dihari Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Trump.
Menjelang lawatan Trump, Rumah Putih berkata, presiden menjangkakan hasil ketara dari Arab Saudi dalam memerangi kegiatan pelampau. – Agensi
The post Arab Saudi tubuh pusat digital pantau Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Arab Saudi tubuh pusat digital pantau Daesh
0 Komentar untuk "Arab Saudi tubuh pusat digital pantau Daesh"