PULAU BANGGI, 25 Syaaban 1438H, Isnin – Menyelami nasib golongan fakir dan mualaf, Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kota Kinabalu, Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dengan kerjasama Etiqa Takaful Berhad mengadakan misi kemanusiaan ke Pulau Banggi minggu lalu.
Naib Yang DiPertua Isma KK, Dr Mohamed Hatta Mohamed Tarmizi berkata, misi ini diadakan mendekati dan menyelami kehidupan masyarakat pedalaman.
Katanya, kebanyakan mereka masih hidup dalam kesusahan dan sangat memerlukan bantuan orang ramai untuk meneruskan kehidupan.
Misi ini dilaksanakan bagi menyantuni asnaf di Pulau Bangi dan Pulau Balambangan, terutamanya golongan fakir dan muallaf.
“Menyertai misi ini meningatkan kita tanggungjawab sesama muslim, lebih dari itu ia sangat menginsafkan. Masih ramai umat Islam yang memerlukan bantuan dan hidup dalam kemiskinan pada saat ini,” katanya.
Pulau Banggi adalah pulau terbesar di Malaysia dan terletak di daerah Kudat, mengambil masa tiga jam perjalanan dari bandar Kota Kinabalu.
Kampung pertama yang dijelajahi dalam misi kali ini ialah Kampung Salangan di mana terdapat 25 daripada 30 buah keluarga adalah golongan mualaf yang baru saja memeluk Islam pada tahun 2014.
Antara aktiviti yang dilakukan di Kampung Salangan ialah penyerahan sumbangan berupa barangan dapur dan wang ringgit kepada kesemua keluarga muallaf yang menetap di sana. I-Medik turut mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Karakit.
Selain itu, Wanita Isma Sabah turut mengambil peluang mengadakan Klinik Al-Fatihah bagi membantu golongan ibu dan kanak-kanak.
Misi ini turut disertai oleh YDP Isma KK, Ustaz Dr Sarip bin Adul, ahli Jawatankuasa Etiqa Takaful Berhad, Dr Mohd Deen Napiah dan Ustaz Mohd Hadi serta Ustaz Kasdin Rapil, Pegawai Tadbir Agama Pulau Banggi.
The post Isma Kota Kinabalu, I-Medik jelajah misi kemanusiaan ke Pulau Banggi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isma Kota Kinabalu, I-Medik jelajah misi kemanusiaan ke Pulau Banggi
0 Komentar untuk "Isma Kota Kinabalu, I-Medik jelajah misi kemanusiaan ke Pulau Banggi"