Gema Semua Maklumat

Insiden tampar: Polis akan panggil David Teo, Mat Over

Insiden tampar: Polis akan panggil David Teo, Mat Over

KUALA LUMPUR, 25 Syaaban 1438H, Isnin – Polis akan memanggil pelakon veteran, Sulaiman Yassin dan penerbit filem, Datuk David Teo berhubung isu tampar ketika Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama perdana menteri, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa yang dipetik China Press berkata, polis dijangka memanggil kedua-dua mereka dalam minggu ini.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Insiden itu berlaku ketika sesi Dialog TN50 bersama Datuk Seri Najib Razak, mula terganggu apabila David Teo tampil mempersoalkan moderator Datuk Rosyam Nor tidak memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang untuk bertanya soalan.

Keadaan bertukar kecoh apabila Mat Over tiba-tiba meluru ke arah pentas dan menampar Teo, sambil disaksikan Najib.

Teo dan Mat Over kembali ke pentas di akhir sesi itu untuk memohon maaf kepada Najib.

The post Insiden tampar: Polis akan panggil David Teo, Mat Over appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Insiden tampar: Polis akan panggil David Teo, Mat Over
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Insiden tampar: Polis akan panggil David Teo, Mat Over"

Back To Top