KUALA LUMPUR, 23 Syaaban 1438H, Sabtu – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan, Biro Politik PKR akan membincangkan nasib tiga EXCO PAS pada mesyuarat akan datang.
Bagaimanapun beliau tidak memberitahu bila mesyuarat itu akan diadakan.
Azmin yang kembali dari lawatan kerja ke German pada Jumaat berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja di tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Azmin berkata, Anwar mahu beliau terus bersikap terbuka untuk berbincang dengan PAS.
Malah, Azmin berkata, beliau turut menerima kenyataan rasmi daripada kepimpinan PAS bahawa Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man mahu mengadakan pertemuan bagi membicangkan perkara itu.
Ketika ditanya tarikh beliau akan bertemu PAS, Azmin berkata :”Tarikh itu tak penting. Apa yang penting adalah kita berbincang dan menang pilihan raya.
Terdahulu, Tiga EXCO PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib diminta melepaskan jawatan masing-masing susulan tindakan parti tersebut menamatkan hubungan politik dengan PKR.
The post Azmin akan bincang nasib tiga EXCO PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Azmin akan bincang nasib tiga EXCO PAS
0 Komentar untuk "Azmin akan bincang nasib tiga EXCO PAS"