JOHOR BAHRU, 16 Syaaban 1438H, Sabtu – Kementerian Dalam Negeri sedang mengenal pasti jumlah sebenar pelarian yang memegang kad dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, proses itu diperlukan kerana UNHCR tidak bekerjasama dengan kementerian berkenaan berhubung jumlah pemegang kad pelarian itu di Malaysia.
Nur Jazlan berkata, sehingga kini beliau tidak faham mengapa UNHCR enggan memberi jumlah sebenar pemegang kad pelarian serta pangkalan datanya.
“KDN menghormati UNHCR tetapi kita mahu tahu kesahihan status pelarian itu demi keselamatan negara.
“Mahu duduk di sini (Malaysia) boleh tetapi kita mahu tahu latar belakang pelarian. Kalau betul pelarian, kita boleh pertimbang kedudukan mereka dan bagi kad kita yang disahkan KDN sendiri,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Katanya, beliau berharap UNHCR tidak menyembunyikan sebarang maklumat dan memberikan kerjasama bagi memastikan kesahihan pelarian yang berdaftar.
“Isu ini dibangkitkan sendiri oleh rakyat negara ini yang bimbang dengan kehadiran ramai orang asing di negara ini menggunakan kad pelarian,” katanya.
The post KDN sedang kenal pasti jumlah sebenar pemegang kad UNHCR appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KDN sedang kenal pasti jumlah sebenar pemegang kad UNHCR
0 Komentar untuk "KDN sedang kenal pasti jumlah sebenar pemegang kad UNHCR"