Gema Semua Maklumat

Krisis politik Selangor: 13 wakil rakyat PAS ugut letak jawatan

Krisis politik Selangor: 13 wakil rakyat PAS ugut letak jawatan

BANGI, 21 Syaaban 1438H, Khamis – Kepemimpinan PAS Selangor mengugut untuk menarik diri daripada kerajaan campuran diketuai PKR, jika Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali terus memaksa tiga Exco daripada parti itu meletak jawatan.

Kepimpinan parti negeri itu memutuskan bahawa semua 13 wakil rakyat akan melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri jika Azmin terus menerima tekanan daripada sekutu pakatan harapan untuk mengasingkan PAS.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang diadakan lewat malam kelmarin, dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.

Mesyuarat pada Selasa dihadiri oleh semua pemimpin kawasan dan sayap PAS Selangor di mana mereka diberimaklumat terkini oleh Sallehen mengenai krisis politik yang melanda kerajaan negeri, berikutan keputusan Majlis Syura Ulama menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Memetik laporan The Star Online, Sallehen ditugaskan untuk menyampai keputusan itu kepada jawatankuasa pusat parti yang dijangka mengadakan pertemuan hari ini.

Sekiranya ugutan itu benar-benar menjadi kenyataan, ia dijangka akan menggugat kerajaan negeri itu dengan 29 wakil rakyat pakatan harapan di Dewan Undangan Negeri (DUN), daripada 56 kerusi keseluruhannya.

Ia bermakna, kerajaan negeri Pakatan Harapan hanya mempunyai 29 wakil rakyat iaitu 14 daripada DAP, 13 (PKR) dan PAN (dua).

Malah, pakatan harapan juga akan mempunyai pembangkang baharu di negeri itu yang terdiri daripada 13 dari PAS, 11 (UMNO) dan dua (Bebas).

The post Krisis politik Selangor: 13 wakil rakyat PAS ugut letak jawatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Krisis politik Selangor: 13 wakil rakyat PAS ugut letak jawatan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Krisis politik Selangor: 13 wakil rakyat PAS ugut letak jawatan"

Back To Top