Gema Semua Maklumat

Seorang lagi anggota polis direman kes rasuah pusat judi, rumah urut

Seorang lagi anggota polis direman kes rasuah pusat judi, rumah urut

PUTRAJAYA, 21 Syaaban 1438H, Khamis – Seorang lagi anggota polis berpangkat koperal direman bagi membantu siasatan berhubung kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pusat perjudian dan rumah urut di beberapa lokasi di Melaka.

Tertuduh berusia 52 tahun, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ditahan reman selama seminggu bermula hari ini hingga 24 Mei.

Suspek merupakan individu kesepuluh yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu.

Semalam, Majistret Muhammad Safuan Azhar memerintahkan tiga pegawai polis, termasuk Ketua Polis Daerah Melaka Tengah dan Ketua Polis Daerah Jasin, seorang berpangkat Inspektor dan tiga orang awam direman enam hari sehingga 22 Mei bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Mereka yang berusia antara 31 hingga 50 tahun ditahan dalam operasi mulai jam 9.30 pagi sehingga 9.50 malam kelmarin kerana disyaki mengutip wang perlindungan daripada pengusaha rumah urut dan pusat judi haram di Melaka.

 

The post Seorang lagi anggota polis direman kes rasuah pusat judi, rumah urut appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Seorang lagi anggota polis direman kes rasuah pusat judi, rumah urut
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Seorang lagi anggota polis direman kes rasuah pusat judi, rumah urut"

Back To Top