Gema Semua Maklumat

Krisis politik Selangor: PAS adakan mesyuarat tertutup hari ini

Krisis politik Selangor: PAS adakan mesyuarat tertutup hari ini

KUALA LUMPUR, 21 Syaaban 1438H, Khamis – Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat tertutup hari ini bagi membincangkan krisis politik yang melanda Selangor ketika ini.

Mesyuarat tertutup itu diadakan pada jam 10.30 pagi tadi di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut.

Difahamkan, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, memandangkan ketiadaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Mesyuarat itu juga akan menfokuskan kepada nasib tiga Exco PAS Selangor selepas Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali membuat pengumuman mengejut meminta mereka melepaskan jawatan itu.

Selain itu, ia juga dijangka membincangkan berhubung ugutan 13 wakil rakyat PAS Selangor yang mahu menarik diri daripada kerajaan campuran diketuai PKR, jika Azmin terus memaksa tiga Exco partui itu meletak jawatan.

Susulan itu, PAS dijadual mengadakan sidang media pada jam 12.30 tengah hari ini.

[BERITA LANJUT MENYUSUL]

The post Krisis politik Selangor: PAS adakan mesyuarat tertutup hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Krisis politik Selangor: PAS adakan mesyuarat tertutup hari ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Krisis politik Selangor: PAS adakan mesyuarat tertutup hari ini"

Back To Top