KUALA LUMPUR, 25 Syaaban 1438H, Isnin – Satu laman web bagi memudahkan penghidap asma mendapatkan maklumat atau bertanya soalan berkaitan penyakit itu secara rasmi ditubuhkan, hari ini.
Laman web, www.asthmamalaysia.org itu adalah satu inisiatif Asthma Malaysia, sebuah pertubuhan yang berperanan bagi mewujudkan kesedaran mengenai penyakit itu di negara ini.
Pengasas Asthma Malaysia, Dr Helmi Haja Mydin berkata, kesedaran mengenai penyakit asma dan cara mengawalnya masih rendah.
“Berdasarkan data 2011, kira-kira dua juta rakyat Malaysia menghidap asma dan hanya enam peratus daripada jumlah itu berjaya mengawalnya.
“Bagi membantu pesakit, kita wujudkan laman web ini bagi membolehkan mereka bertanya pelbagai soalan yang berkaitan,” katanya pada sidang media selepas perasmian Asthma Malaysia, hari ini.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Dr Helmi yang juga Pakar Perunding Respiratori itu berkata, sekitar 300 juta orang di seluruh dunia menghidap asma dan angka itu dijangka meningkat kepada 400 juta menjelang 2025.
“Penyakit asma perlu diberi perhatian dan dikawal kerana ia memberi kesan pada kualiti dan gaya hidup penghidapnya,” katanya.
The post Laman web kongsi maklumat penyakit asma ditubuhkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Laman web kongsi maklumat penyakit asma ditubuhkan
0 Komentar untuk "Laman web kongsi maklumat penyakit asma ditubuhkan"