Gema Semua Maklumat

Mahkamah benar permohonan reman tiga suspek sindiket pelaburan JJPTR

Mahkamah benar permohonan reman tiga suspek sindiket pelaburan JJPTR

TAIPING, 25 Syaaban 1438H, Isnin – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman terhadap tiga suspek yang dipercayai terlibat dengan sindiket pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) termasuk pengasasnya, Johnson Lee Chong Sen.

Permohonan reman itu dibenarkan oleh Majistret Sharifah Izura Syed Mashor.

Ketiga-tiga suspek yang berumur antara 28 dan 29 tahun direman selama dua hari sehingga esok.

Peguam, G Jaya Prem dan Mohd. Shukri Ahmad Mansor berkata, ketiga-tiga anak guam mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis di Kamunting berkaitan kes penipuan pelaburan berjumlah RM4,700.

“Kesemua anak guam kami akan terus memberikan kerjasama kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah di sini hari ini.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek disyaki terlibat memperdaya ribuan mangsa menerusi pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex) sejak beberapa tahun lalu dengan nilai mencecah RM1.7 bilion dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

The post Mahkamah benar permohonan reman tiga suspek sindiket pelaburan JJPTR appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mahkamah benar permohonan reman tiga suspek sindiket pelaburan JJPTR
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mahkamah benar permohonan reman tiga suspek sindiket pelaburan JJPTR"

Back To Top