Gema Semua Maklumat

Laporan Arab Saudi beri kewarganegaraan kepada Zakir Naik tak benar, kata anak didik

Laporan Arab Saudi beri kewarganegaraan kepada Zakir Naik tak benar, kata anak didik

BANGI, 24 Syaaban 1438H, Ahad – Laporan mengatakan pendakwah Islam terkenal berasal dari India, Dr Zakir Naik diberi kewarganegaraan Arab Saudi oleh Raja Salman, adalah tidak benar, kata anak didiknya Firdaus Wong Wai Hung.

Beliau yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata, pihaknya telah mendapat kepastian daripada Dr Zakir sendiri mengenai laporan itu.

“Ramai yang bertanya apakah benar berita yang mengatakan bahawa Dr. Zakir Naik telah diberikan kerakyatan Arab Saudi oleh Raja Salman.

“Laporan itu adalah tidak benar. Abaikan sahaja berita itu dan tidak perlu lagi disebarkan melainkan kita ingin memaklumkan kepada orang ramai akan kepalsuan berita itu.

“Jazakumullahu Khairan kepada yang bertanya kepada kami. Kami telah mendapat kepastian dari Dr. Zakir Naik sendiri,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Semalam, portal Middle East Monitor mendakwa sumber dari Arab memberitahu bahawa Raja Salman telah campur tangan untuk memberi kewarganegaraan kepada Dr Zakir, bagi melindungi beliau daripada ditangkap polis antarabangsa (Interpol), berikutan waran dikeluarkan oleh India atas tuduhan keganasan.

Bulan lalu, mahkamah India mengeluarkan waran tangkap kedua terhadap beliau atas tuduhan berkaitan pembabitan dalam keganasan dan pengubahan wang haram.

Ketika waran tangkap itu dikeluarkan, beliau dilaporkan berada di Malaysia. Sebelum ini, Kuala Lumpur memberi taraf penduduk tetap (PR) kepada beliau sejak lima tahun lalu, bukannya taraf kerakyatan.

Dr Zakir Naik diberi kewarganegaraan Arab Saudi

The post Laporan Arab Saudi beri kewarganegaraan kepada Zakir Naik tak benar, kata anak didik appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Laporan Arab Saudi beri kewarganegaraan kepada Zakir Naik tak benar, kata anak didik
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Laporan Arab Saudi beri kewarganegaraan kepada Zakir Naik tak benar, kata anak didik"

Back To Top