HANOI, 24 Syaaban 1438H, Ahad – Hanya berbaki 11 negara yang akan meneruskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menarik diri dari rundingan itu Januari lalu.
Dalam Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hanoi hari ini, 11 negara yang diketuai Jepun dan New Zealand sebulat suara menyatakan persetujuan memastikan baki 11 negara yang menandatangani TPPA akan meneruskan perjanjian berkenaan.
Persidangan itu turut menyatakan wujudnya kebimbangan mengenai dasar perlindungan dan langkah mengekalkan pasaran terbuka.
Kebimbangan mengenai dasar perlindungan semakin meningkat, sejak Trump menarik balik penyertaan Amerika Syarikat dalam TPPA.
Menteri Perdagangan New Zealand, Todd McClay berkata, usaha perbincangan mengenai TPPA akan dibuat dengan sistematik.
“Semua negara ini akan meneruskan cadangan pelaksanaan TPP pada November depan,” katanya.
Terdahulu, Trump mengarahkan AS secara rasmi menarik diri daripada rundingan TPPA.
Hasrat Trump membatalkan rundingan itu disebabkan beliau menyifatkan TPPA sebagai membunuh pekerjaan dan meragut kepentingan AS. -Agensi
The post Perjanjian TPPA tetap diteruskan tanpa AS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Perjanjian TPPA tetap diteruskan tanpa AS
0 Komentar untuk "Perjanjian TPPA tetap diteruskan tanpa AS"