Gema Semua Maklumat

Lelaki ditahan bantu siasatan seleweng tanah wakaf di Melaka

Lelaki ditahan bantu siasatan seleweng tanah wakaf di Melaka

KUALA LUMPUR, 7 Syaaban 1438H, Khamis – Seorang lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan tanah wakaf di Melaka.

Sumber berkata, suspek berusia 66 tahun itu yang merupakan pembeli tanah berkenaan ditahan di pejabat SPRM Melaka pada 12.15 tengah hari tadi.

“Penahanan ini merupakan hasil siasatan lanjut berkaitan kes tangkapan dua individu sebelum ini yang terlibat dalam kes rasuah dan urusan jual-beli tanah wakaf berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Tanah wakaf tidak boleh dijual-beli.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan berkenaan manakala suspek akan direman esok untuk membantu siasatan kes itu.

Pada Selasa lepas, SPRM menahan bekas pengerusi dan bekas setiausaha jawatankuasa sebuah masjid di Melaka kerana dikatakan terbabit rasuah dalam proses penjualan tanah wakaf masjid berkenaan.- Bernama

The post Lelaki ditahan bantu siasatan seleweng tanah wakaf di Melaka appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lelaki ditahan bantu siasatan seleweng tanah wakaf di Melaka
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lelaki ditahan bantu siasatan seleweng tanah wakaf di Melaka"

Back To Top