KUALA LUMPUR, 17 Syaaban 1438H, Ahad – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Korperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan bertemu dengan persatuan pengusaha minyak minggu depan bagi mendengar keluhan kerugian akibat penurunan harga petrol dan diesel.
“Apakah masalah-masalah mereka (pengusaha) sebenarnya? Bila kita melakukan sesuatu kita kena ambil kira bukan hanya kepada mereka semata-mata.
“Tapi kita mahu pengguna juga menikmati apa yang kerajaan lakukan,” kata Hamzah dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2017 hari ini.
Terdahulu, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, penurunan harga minyak tiga minggu berturut-turut menyebabkan pengusaha stesen minyak mengalami kerugian.
Malah, beliau berkata, ia juga mungkin menyebabkan ada pengusaha terpaksa mengambil keputusan menamatkan perniagaan.
Hamzah bagaimanapun berkata, polisi yang dilakukan kerajaan bersifat manpan termasuk penetapan harga petrol dan diesel setiap minggu berdasarkan harga pasaran.
The post Menteri jumpa pengusaha minyak minggu depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Menteri jumpa pengusaha minyak minggu depan
0 Komentar untuk "Menteri jumpa pengusaha minyak minggu depan"