Gema Semua Maklumat

NGO Islam akan anjur himpunan pertahan hak Melayu, kemuka 30 tuntutan

NGO Islam akan anjur himpunan pertahan hak Melayu, kemuka 30 tuntutan

KUALA LUMPUR, 17 Syaaban 1438H, Ahad – Pengerusi Bertindak, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bercadang menganjurkan perhimpunan Melayu Bangkit pada Julai ini bagi mempertahankan hak Melayu dengan mengemukakan 30 tuntutan.

Beliau berkata, tuntutan itu termasuk soal berkaitan usaha memperkasakan Mahkamah Syariah.

“Sebanyak 30 tuntutan orang Melayu ini adalah berdasarkan soal memperkasakan Islam dan Melayu dalam Perlembagaan.

“Kebimbangan kita, apabila hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan tidak nampak ketegasan dalam pelaksanaan,” kata beliau pada sidang media selepas perjumpaan tertutup bersama gabungan NGO Melayu Islam.

Khairul menegaskan, Melayu Bangkit bukan diadakan bagi mencetuskan ketegangan agama dan kaum dan memberi jaminan ia akan diadakan mengikut undang-undang.

“Kita tidak akan berarak ke tempat himpunan. Jadi tidak ada salah, sebab itu kita rancang buat di 1 tempat iaitu mungkin di Stadium Melawati.

“Sebab kalau nak kata panas, berhimpun ini hak semua orang, tapi macam mana cara kendaliaan,” katanya.

Menerusi Melayu Bangkit, kumpulan itu akan menyatakan sokongan ke atas Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang dibawa ke Parlimen oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bulan lalu.

Kumpulan itu juga mahu menyatakan bantahan terhadap RUU Perkahwinan dan Penceraian 1976 (RUU 164) untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, Khairul berkata, pihaknya akan turut membantah pengiktirafan sijil UEC kerana ia menggugat sistem pendidikan negara dan bahasa Melayu.

Antara NGO Melayu Islam yang akan menjadi penggerak utama seketariat Bertindak ialah Perkasa, Isma, Permas dan GPMS.

The post NGO Islam akan anjur himpunan pertahan hak Melayu, kemuka 30 tuntutan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di NGO Islam akan anjur himpunan pertahan hak Melayu, kemuka 30 tuntutan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "NGO Islam akan anjur himpunan pertahan hak Melayu, kemuka 30 tuntutan"

Back To Top