KAHERAH, 29 Syaaban 1438H, Jumaat – Militan Daesh mengaku bertanggungjawab dalam insiden letupan bom di terminal bas di Kampung Melayu, Jakarta Timur, semalam.
“Militan Daesh bertanggungjawab menyerang perhimpunan polis Indonesia di Jakarta itu,” kata agensi berita rasmi kumpulan itu, Amaq.
yang mengorbankan tiga anggota polis dan mencederakan 12 yang lain, semalam.
Ia adalah serangan paling merbahaya di Indonesia sejak Januari 2016, yang menyebabkan lapan orang terbunuh, empat daripadanya penyerang.
Sekurang-kurangnya tiga anggota polis maut dalam serangan itu, demikian menurut laporan agensi berita Indonesia, ANTARA.
Dilaporkan lima orang awam turut cedera dalam kejadian dua letupan bom, yang berselang lima minit, yang pada awalnya disyaki kes letupan oleh pengebom bunuh diri pada kira-kira 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).
The post Militan Daesh mengaku dalang letupan bom Jakarta Timur appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Militan Daesh mengaku dalang letupan bom Jakarta Timur
0 Komentar untuk "Militan Daesh mengaku dalang letupan bom Jakarta Timur"