JAKARTA, 29 Syaaban 1438H, Jumaat – Gabenor Jakarta yang digantung tugas, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah menghina Islam, menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Joko Widodo.
Menteri Dalam Negeri, Tjahjo Kumolo berkata, surat peletakan jawatan Ahok turut diserahkan kepada kementeriannya Selasa lalu, sehari selepas Ahok menarik balik rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.
Ini bermakna pasangan pilihan raya Gabenor Jakarta Ahok, Djarot Saiful Hidayat, yang memangku jawatan Gabenor Jakarta, tidak lama lagi akan mengambil alih jawatan utama pentadbiran Jakarta sehingga Oktober ini.
Pilihan raya Gabenor Jakarta bulan lalu dimenangi gandingan bekas Menteri Kabinet Indonesia, Anies Baswedan dan Sylviana Murni.
Penarikan rayuan itu bermakna, Ahok yang digantung tugas sejak awal bulan ini, akan menjalani hukuman penjara dua tahun. Ahok kini ditahan di ibu pejabat Brigade Mobile Polis ndonesia di Depok, Jawa Timur.
“Kami masih menunggu surat daripada Mahkamah Tinggi Jakarta untuk mengesahkan penarikan rayuan itu,” kata Tjahjo dalam satu kenyataan.
Dalam surat peletakan jawatannya, Ahok meminta Presiden supaya meluluskan permohonan itu.
Tjahjo berkata, jawatan bagi Timbalan Gabenor Jakarta akan dibiarkan kosong selama lima bulan akan datang, sehingga Anies Baswedan dan Sandiaga Uno memasuki pejabat pada Oktober ini. – Agensi
The post Ahok serah surat letak jawatan Gabenor, tarik balik rayuan hukuman penjara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ahok serah surat letak jawatan Gabenor, tarik balik rayuan hukuman penjara
0 Komentar untuk "Ahok serah surat letak jawatan Gabenor, tarik balik rayuan hukuman penjara"