Gema Semua Maklumat

Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun

Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun

PUTRAJAYA, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara akan diketahui selepas hasil dapatan mesyuarat audit dalaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkaitan pergantungan tugasnya dibentangkan, Jun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil dapatan itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beliau untuk tindakan selanjutnya.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat itu yang diadakan pada 18 Mei lalu telah membincangkan status pergantungan Annuar yang bermula sejak 1 Januari lalu, susulan isu penajaan UniKL dan Pelaburan Mara Bhd ke atas pasukan bola sepak Kelantan.

“Ketika mesyuarat diadakan, saya mempunyai tugasan di luar negara dan saya difahamkan hasil mesyuarat tersebut akan dibentangkan kepada saya dan Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya (berkaitan pergantungan Annuar),” katanya ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa kementeriannya di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, Annuar masih lagi menjawat jawatan Pengerusi Mara dan diberi cuti daripada menggalas tugas tersebut sehingga tempoh yang akan ditentukan kelak. – Bernama

The post Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun"

Back To Top