Gema Semua Maklumat

UMNO tempelan program RM15 juta Tabung Haji bantu fakir?

UMNO tempelan program RM15 juta Tabung Haji bantu fakir?

Oleh Razali bin Zakaria

BANGI, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Usaha mana-mana pihak untuk membantu golongan kurang berkemampuan, khususnya ketika Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri, disokong.

Demikian juga usaha Yayasan Tabung Haji (YTH) yang menyediakan peruntukan khas jutaan ringgit bagi melaksanakan program Ziarah Kasih Ramadan di 50 kawasan Parlimen terpilih sempena bulan puasa tahun ini.

Bernama memetik kenyataan Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengatakan program berkenaan bagi membantu golongan kurang berkemampuan seperti golongan asnaf, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal.

“Bermula 1 Ramadan, kita telah melaksanakan program ini di empat kawasan Parlimen iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat, Gombak dan hari ini di Shah Alam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM300,000 kepada 1,500 penerima, termasuk 750 golongan asnaf di Masjid Raja Tun Uda, Shah Alam, hari ini.

Bagaimanapun, yang menimbulkan persoalan ramai pihak ialah program berkenaan turut disertai oleh parti politik UMNO.

Berdasarkan kenyataan Azeez beliau berkata, Yayasan TH dan UMNO memperuntukkan RM15 juga bagi melaksanakan program berkenaan.

“Sehingga hari ini, seramai 6,500 penerima telah menerima sumbangan berjumlah RM1.2 juta dan ini merupakan tanda keprihatinan TH dan UMNO dalam usaha meringankan beban hidup rakyat,” kata Azeez yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Berdasarkan kenyataan itu, bermakna Yayasan TH dan UMNO bergabung untuk melaksanakan program Ziarah Kasih Ramadan itu.

Persoalanya berapakah peruntukan daripada RM15 juta itu yang disediakan oleh UMNO? Atau UMNO, disebabkan Azeez adalah Ahli Majlis Tertinggi, mengambil kesempatan daripada peruntukan RM15 juta TH untuk ‘mencipta’ nama membantu golongan kurang berkemampuan?

TH, terutama Azeer, perlu memberi penjelasan dan pecahan peruntukan oleh UMNO dalam program itu, kerana wang yang digunakan adalah simpanan umat Islam, termasuk petani dan penoreh getah, yang lebih miskin daripada ‘mereka yang kurang berkemampuan’.

Simpanan itu juga dibuat oleh umat Islam yang menyokong parti lain – Bersatu, PKR dan PAS – bukan setakat penyokong UMNO sahaja.

Sementara itu, Mukhriz Mahathir FC, laman Facebook rasmi penyokong bekas Menteri Besar Kedah itu turut mempertikaikan adakah wajar duit tabungan kerja haji di Yayasan Tabung Haji digunakan oleh UMNO walaupun untuk kebajikan?

The post UMNO tempelan program RM15 juta Tabung Haji bantu fakir? appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di UMNO tempelan program RM15 juta Tabung Haji bantu fakir?
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "UMNO tempelan program RM15 juta Tabung Haji bantu fakir?"

Back To Top