KUALA LUMPUR,11 Syaaban 1438H, Isnin – Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakub membayangkan pakatan harapan yang dianggotai PKR, PAN, Bersatu dan DAP tidak mempunyai peluang untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.
Beliau berkata, melihat kepada situasi sekarang, tidak ada bukti kukuh menunjukkan pakatan harapan yang diterajui parti rasis dan cauvinis DAP akan menang
“Kami tidak bimbang dengan pakatan, malah yakin, PAS mampu menghadapi pilihan raya dengan lebih kuat.
“Tiada ramalan mana-mana pihak mengatakan bahawa pakatan harapan akan menang,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Sementara itu, mengulas mengenai kerjasama dengan UMNO pula, Ahmad berkata parti Islam itu hanya akan berada dalam blok ketiga.
“Oleh itu, kami bersedia untuk berhadapan pertandingan tiga penjuru. Ini disebabkan kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak daripada bertanding. Kita menghormati mereka,” katanya.
The post Pakatan harapan takkan menang PRU14: PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pakatan harapan takkan menang PRU14: PAS
0 Komentar untuk "Pakatan harapan takkan menang PRU14: PAS"