Gema Semua Maklumat

PAS kini berdarah manis, kata Nasrudin

PAS kini berdarah manis, kata Nasrudin

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 15 Syaaban 1438H, Jumaat – Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, PAS kini menjadi perhatian banyak pihak terutamanya parti politik lain.

Katanya, ia adalah realiti yang tidak dapat dinafikan apabila pihak berkenaan berusaha membuat kajian dan analisis terhadap potensi parti Islam itu di persada politik negara.

“Seperti kata orang, dalam benci masih ada rindu. Jika PAS kini lemah dan ketinggalan, apa perlu lagi mereka habiskan masa mengkaji, menyelidik dan mengekori pergerakan PAS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, kini PAS adalah sebuat parti yang ‘berdarah manis’, kerana dicari dan dikehendaki oleh semua orang.

“……..ia dicari oleh semua orang dan semua orang mahu “buat kira” dengan PAS.

“Tepat masanya PAS melancarkan kempen “PAS PILIHANKU” berteraskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS),” katanya.

The post PAS kini berdarah manis, kata Nasrudin appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS kini berdarah manis, kata Nasrudin
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS kini berdarah manis, kata Nasrudin"

Back To Top