BUTTERWORTH, 15 Syaaban 1438H, Jumaat – Remaja perempuan yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan seorang maut pada 14 Mac lalu, dibebaskan daripada pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu mahkamah bahawa ujian air kencing Ng Pei Ven, 19, didapati negatif dadah.
Majistret Jamaliah Abd Manap memutuskan untuk membebaskan remaja itu daripada pertuduhan tersebut dan memerintah wang jaminan berjumlah RM5,000 dikembalikan.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 5 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pertuduhan kedua iaitu memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian.
Pada 17 Mac lalu, Ng mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, juga boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau dua tahun penjara.
Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi pada 14 Mac lalu, kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu secara melawan arus oleh Ng dari arah Sungai Dua menghala Permatang Pauh melanggar beberapa kenderaan lain sehingga menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang, Mohd. Fandi Rosli.
The post Remaja memandu lawan arus bebas pertuduhan mengambil dadah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Remaja memandu lawan arus bebas pertuduhan mengambil dadah
0 Komentar untuk "Remaja memandu lawan arus bebas pertuduhan mengambil dadah"