KUALA TERENGGANU, 24 Syaaban 1438H, Ahad – PAS Terengganu menyatakan keyakinan bersedia untuk memerintah negeri itu selepas Pilihanraya Umum ke-14 akan datang.
Sehubungan itu, Pesuruhjayanya, Datuk Husain Awang menyeru rakyat seluruh Terengganu khususnya di Hulu Terengganu supaya membuat perubahan pada PRU14 nanti.
“Marilah kita bersama-sama dengan beralih kepada PAS demi untuk membina sebuah kerajaan dan pemerintahan Islam yang terlaksana di dalamnya syariat dan nilai-nilai Islam sebagaimana yang terdapat dalam perlembagaan PAS,” katanya ucapan pada Majlis Perasmian Harap-PGU 3.6 di Batu 24, Kuala Berang, Sabtu.
Beliau berkata, PAS berjanji akan memerintah, mengurus dan mentadbir kerajaan dengan cara yang dianjur dan diajar oleh agama Allah SWT.
“Jawatan adalah amanah yang dipikul dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.
“Saya yang ambil alih (sesi 2017-2019) dalam keadaan PAS kukuh, kuat dan bersedia untuk memimpin kerajaan negeri selepas PRU14 nanti,” katanya lagi.
Katanya, perkara itu telah terbukti apabila PAS berjaya memerintah negeri itu pada PRU 1999 lalu.
“PAS telah membuktikan keupayaannya pada pilihan raya tahun 1999, PAS telah menjadi kerajaan dan berjaya meminda undang-undang tubuh kerajaan Terengganu sehingga menjadikan Islam, al-Quran dan al-Hadis, ijmak ulama dan qias menjadi tonggak dan rujukan utama kepada kerajaan dan pemerintahan negeri yang tidak dibuat oleh mana-mana negeri di bawah UMNO BN,” katanya.
The post PAS sedia perintah Terengganu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS sedia perintah Terengganu
0 Komentar untuk "PAS sedia perintah Terengganu"