IPOH, 24 Syaaban 1438H, Ahad – Kepimpinan kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Presiden.
Bercakap perkara itu, Ketua Pendaftar PPBM negeri, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak selepas mendakwa Muhyiddin bertanggungjawab di atas kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat nasional dan Perak.
Malah, beliau berkata, Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad, pimpinan dan akar umbi parti itu.
“PPBM Perak memberi tempoh seminggu kepada beliau supaya memberikan respon terhadap desakan kami ini.
“Jika masih tiada apa-apa respon daripada beliau, kami iaitu lebih daripada separuh ahli dan pemimpim PPBM Perak akan meletak jawatan,” katanya, Sabtu.
Muhyiddin dilantik menjadi Presiden parti sejak PPBM ditubuhkan secara rasmi pada 7 September 2016.
Ahli Parlimen Pagoh itu dikatakan pernah berselisih pendapat dengan Tun Mahathir, bagaimanapun di nafikan bekas Perdana Menteri itu.
The post PPBM Perak desak Muhyiddin letak jawatan presiden parti appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PPBM Perak desak Muhyiddin letak jawatan presiden parti
0 Komentar untuk "PPBM Perak desak Muhyiddin letak jawatan presiden parti"