Gema Semua Maklumat

Peguam Negara beri masa sebulan SPRM siapkan siasatan SRC International

Peguam Negara beri masa sebulan SPRM siapkan siasatan SRC International

PUTRAJAYA, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi tempoh sebulan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melengkapkan laporan siasatan kes bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) – SRC International.

“Saya telah meminta (SPRM) sebelum ini, dan ia (laporan) sepatutnya (disiapkan) dalam masa sebulan. Apa yang boleh saya katakan, ia mungkin (disiapkan) lebih awal,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis Pembukaan Mesyuarat Pegawai Kanan Undang-Undang ASEAN (ASLOM) ke-17 di sini, hari ini.

Difahamkan, siasatan itu turut membabitkan wang berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas pendedahan blog SPRMInsider yang mendakwa dana SRC International turut disalurkan kepada beberapa individu serta syarikat yang dikaitkan dengan UMNO.

Mohamed Apandi sebelum ini, menafikan mengeluarkan arahan supaya siasatan kes itu dihentikan, sebelaiknya beliau mengarahkan SPRM melengkapkan siasatan sejak bulan lalu.

Sebelum ini, Dewan Rakyat diberitahu bahawa SRC International masih berhutang RM310 juta kepada kerajaan pada kadar faedah empat peratus setahun.

Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa SRC International juga berhutang RM4.385 bilion kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dengan kadar faedah 4.3 peratus dan 5.1 peratus setahun.

SRC ditubuhkan pada 2011 untuk meneroka pelaburan strategik antarabangsa dalam sektor tenaga. Ia adalah anak syarikat 1MDB sebelum diletakkan di bawah Kementerian Kewangan, diketuai Najib.

Pada November tahun lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani mengakui SRC International mengalami kesulitan kewangan kerana berdepan masalah mendapatkan semula wang yang disimpan di Bank BSI.

Masalah timbul selepas cawangan bank Switzerland di Singapura itu ditutup kerana memungkiri peraturan pengubahan wang haram dalam apa yang didakwa mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

SRC International kini disiasat pihak berkuasa Switzerland yang percaya sekurang-kurangnya RM800 juta wang syarikat itu digelapkan.

Rafizi dedah dokumen dakwa Najib guna kad kredit beli barang kemas RM3.28 juta

The post Peguam Negara beri masa sebulan SPRM siapkan siasatan SRC International appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Peguam Negara beri masa sebulan SPRM siapkan siasatan SRC International
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Peguam Negara beri masa sebulan SPRM siapkan siasatan SRC International"

Back To Top