Gema Semua Maklumat

Pengarah KiniTV didakwa siar video jelik

Pengarah KiniTV didakwa siar video jelik

KUALA LUMPUR, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Pengarah berita video KiniTV hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menghantar komunikasi jelik melalui video di portal liberal mereka.

Menerusi video itu, J. Premesh Chandran, 48, didakwa memuat naik satu rakaman video menunjukkan  bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Sri Khairuddin Abu Hassan mengeluarkan kenyataan yang didapati membidas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Bagaimanapun J. Premesh mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, J. Premesh  Chandran dinamakan sebagai Orang Kena Saman (OKS) didakwa telah secara sedar memulakan penghantaran satu komunikasi yang bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain berupa paparan video dalam dua versi bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Dua video itu disiarkan dengan tajuk Khairuddin: Apandi Ali not fit to be AG, he should quit immediately dan Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan.

Kedua-dua video berkenaan dipaparkan di pautan http://www.kinitv.com/video/3670308 dan http://www.kinitv.com/video/36708074 pada pukul 1.14 petang dan 1.34 petang, 27 Julai tahun lalu.

Kedua-dua video berkenaan juga telah dilihat di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, pada pukul 10 pagi, 2 Ogos tahun sama.

Premesh  sepatutnya dituduh bersama KiniTV dan seorang lagi pengarahnya, Steven Gan pada 18 November tahun lalu atas pertuduhan sama, bagaimanapun pendakwaan itu tidak dilaksanakan Steven  berada di luar negara atas satu urusan lain.

Kesemua pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 244(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, jika sabit kesalahan.

The post Pengarah KiniTV didakwa siar video jelik appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pengarah KiniTV didakwa siar video jelik
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pengarah KiniTV didakwa siar video jelik"

Back To Top