Gema Semua Maklumat

Pendakwa raya Turki keluar waran tangkap ke atas 85 kakitangan kementerian

Pendakwa raya Turki keluar waran tangkap ke atas 85 kakitangan kementerian

ANKARA, 19 Syaaban 1438H, Selasa – Pendakwa raya Turki mengeluarkan waran tangkap terhadap 85 kakitangan di dua kementerian, sebagai sebahagian daripada siasatan menyasarkan rangkaian ulama Fethullah Gulen dalam mendalangi misi rampasan kuasa pada Julai tahun lalu.

Penyiar CNN di Turki melaporkan bahawa tahanan itu adalah membabitkan kakitangan daripada kementerian tenaga dan pendidikan negara itu.

Berita itu datang sehari selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap pengarang portal pembangkang, Cumhuriyet sementara menunggu proses perbicaraan atas tuduhan menyebarkan propaganda pengganas, lapor akhbar harian itu.

Editor, Oguz Guven yang berkhidmat dengan Cumhuriyet berdepan dengan hukuman penjara selama 43 tahun kerana terlibat dengan plot rampasan kuasa Gulen.

Pegawai Turki sebelum ini memberitahu, lebih 240 orang terbunuh dan 2,100 yang lain cedera dalam cubaan rampasan kuasa sekaligus menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Setakat ini, Ankara menahan 50,000 orang termasuk memecat dan menggantung 150,000 kakitangan membabitkan anggota tentera, hakim serta guru, ekoran disyaki terlibat dalam plot itu.- Agensi

The post Pendakwa raya Turki keluar waran tangkap ke atas 85 kakitangan kementerian appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pendakwa raya Turki keluar waran tangkap ke atas 85 kakitangan kementerian
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pendakwa raya Turki keluar waran tangkap ke atas 85 kakitangan kementerian"

Back To Top