KOTA KINABALU, 25 Syaaban 1438H, Isnin – Perintah berkurung fasa ke-65 di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini, dilanjutkan dua minggu bermula esok.
Tempoh perintah berkurung fasa baharu itu dikuatkuasakan dari jam 6 petang hingga 6 pagi sehingga 7 Jun ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, peraturan itu dikuatkuasakan di perairan bermula tiga batu nautika dari pantai di tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Katanya, keperluan meneruskan perintah berkurung di perairan terbabit adalah bagi memastikan ia tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa.
Bahkan jelas beliau, ia juga untuk mengelalakkan pelancong di pulau peranginan daripada menjadi mangsa penculikan kumpulan pengganas dari selatan Filipina.
“Ini kerana maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf masih cubaan nceroboh untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.
“Kita juga mahu menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah, yang menjadi pengguna perairan dan berada di daratan di kawasan ESSZONE,” katanya.
The post Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan
0 Komentar untuk "Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan"