Gema Semua Maklumat

PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan serta merta

PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan serta merta

PETALING JAYA,  20 Syaaban 1438H, Rabu – PKR mengarahkan semua lantikan politik parti itu dalam Kerajaan Negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.

Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Azizah berkata, perkara itu telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

“PKR telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, malam tadi.

Keputusan itu dibuat selepas PAS mengambil keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR serta merta kerana parti itu dikatakan melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama.

Azizah berkata, PKR menerima keputusan PAS untuk membatalkan kerjasama politik, namun mereka menolak alasan yang telah diberikan PAS kerana memutuskan tahaluf siyasi.

“PKR menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Walaupun PKR telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti.

“PKR akan segera mengatur langkah bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya lagi.

The post PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan serta merta appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan serta merta
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan serta merta"

Back To Top