Gema Semua Maklumat

Ratusan ribu komputer di 150 negara diserang ‘Ransomware’

Ratusan ribu komputer di 150 negara diserang ‘Ransomware’

NEW YORK, 20 Syaaban 1438H, Rabu – Serangan siber ‘WannaCry’ atau ‘Ransomware’ menjadi kekecohan global apabila dilaporkan ratusan ribu komputer di 150 negara telah dijangkiti malware itu.

Menurut laporan Financial Times, serangan siber ini menggunakan Eternal Blue yang dibangunkan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat.

WannaCry menjangkiti rangkaian komputer dengan bantuan Eternal Blue yang membolehkan malware merebak melalui perkongsian data atau fail.

Pengarah Teknikal Symantec Security Response, Vikram Thakur berkata, difahamkan hanya seorang dalam suatu pertubuhan atau syarikat klik dan seluruh rangkaian komputer akan dijangkiti.

Malware itu mengeluarkan poster merah “Oops, your files have been encrypted!” dan menuntut bayaran melalui bitcoin sebanyak AS$300, dinaikkan kepada AS$600 jika enggan dan fail dalam komputer akan dimusnahkan beberapa jam kemudian.

Setakat ini, serangan siber itu sudah melumpuhkan sistem komputer rangkaian hospital Britain, sistem kereta api Jerman serta Kementerian Dalam Negeri Russia manakala Bloomberg melaporkan FedEx dan Nissan turut terjejas.

Di China, 29,372 institusi terjejas membabitkan ratusan ribu komputer manakala Pusat Penyelarasan Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Jepun melaporkan 2,000 komputer di 600 lokasi di Jepun terjejas.

Dilaporkan, kira-kira 15 peratus URL di negara itu dijangkiti dan sudah menjejaskan universiti dan kolej, sistem kereta api, pos, stesen minyak, hospital serta kompleks beli belah.

Serangan itu menjejaskan komputer di kilang, bank, agensi kerajaan dan sistem pengangkutan di banyak negara, termasuk Russia, Ukraine, Brazil, Sepanyol, India dan Jepun. -Agensi

The post Ratusan ribu komputer di 150 negara diserang ‘Ransomware’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ratusan ribu komputer di 150 negara diserang ‘Ransomware’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ratusan ribu komputer di 150 negara diserang ‘Ransomware’"

Back To Top