MELAKA, 1 Ramadan 1438H, Sabtu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga serta-merta.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan itu perlu bagi membanteras masalah judi haram dan pusat urut.
Katanya, selama ini polis tidak pernah menyokong pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga.
Ini kerana jelas beliau, ipusat hiburan seperti ini sangat memberi kesan buruk lebih-lebih lagi apabila pengusaha menyalahgunakan lesen perniagaan dengan mewujudkan kegiatan haram di sebalik premis berkenaan.
“Saya menyeru dan mengesyorkan supaya kerajaan negeri melalui PBT masing-masing menghentikannya serta-merta (lesen pusat hiburan keluarga) kerana menyusahkan kita berikutan ada yang menyalahgunakannya (lesen).
“PBT juga bersama-sama bertanggungjawab (bersama PDRM), iaitu premis yang dicukai tidak diberi lesen jika perniagaan mereka tidak sah. Sama-sama pantau, jika tidak berupaya ambil tindakan beritahu kita,” katanya.
Beliau berkata demikian susulan penahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas sembilan anggota dan pegawai PDRM termasuk dua ketua polis daerah yang dipercayai mengatur dan menerima suapan daripada pengusaha judi haram dan rumah urut di Melaka.
The post Polis minta segera hentikan lesen pusat hiburan keluarga appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis minta segera hentikan lesen pusat hiburan keluarga
0 Komentar untuk "Polis minta segera hentikan lesen pusat hiburan keluarga"