Gema Semua Maklumat

Polis Siasat Anggota Trafik TerimaRasuah Ketika Bertugas

Polis siasat anggota trafik terima rasuah ketika bertugas. Polis kini menyiasat satu Video Anggota Trafik Terima Rasuah Ketika Bertugas tular di laman sosial berkaitan tindakan seorang anggota polis trafik menerima wang suapan ketika sedang bertugas.

Polis Siasat Anggota Trafik TerimaRasuah Ketika Bertugas
Video Anggota Trafik Terima Rasuah Ketika Bertugas

BANGI, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Polis kini menyiasat satu Video Anggota Trafik Terima Rasuah Ketika Bertugas tular di laman sosial berkaitan tindakan seorang anggota polis trafik menerima wang suapan ketika sedang bertugas.

Menerusi rakaman amatur berdurasi tujuh saat itu menunjukkan seorang pemandu meletakkan sesuatu dipercayai wang kertas ke dalam tangan anggota polis trafik berkenaan. Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius berhubung perkara itu dan tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan integriti.
“Polis Perak tidak akan berkompromi dengan isu-isu integriti dan memastikan tindakan tegas diambil ke atas anggota berkenaan jika didapati melanggar peraturan tugas,” katanya.


The post Polis siasat anggota trafik terima rasuah ketika bertugas appeared first on Portal Islam dan Melayu. Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis siasat anggota trafik terima rasuah ketika bertugas
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis Siasat Anggota Trafik TerimaRasuah Ketika Bertugas"

Back To Top