Gema Semua Maklumat

Pusat Buddha Nasional akan dibina di Putrajaya

Pusat Buddha Nasional akan dibina di Putrajaya

BANGI, 13 Syaaban 1438H, Rabu – Kerajaan akan membina sebuah Pusat Buddha Nasional dan rumah ibadat agama lain di Putrajaya sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mempunyai wilayah berbilang agama di pusat pentadbiran negara itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Ong Ka Chuan berkata, pembinaan itu menunjukkan komitmen kerajaan dalam kebebasan beragama seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Negara.

Kuil itu akan dibina di atas tanah milik kerajaan, yang terletak bersebelahan dengan kuil Hindu yang sedang dalam pembinaan ketika ini.

Kompleks berkenaan dinamakan sebagai Devi Sri Lalithaambigai Alayam, yang akan mempunyai unsur-unsur dari kuil di utara dan selatan India.

Ong berkata, kerajaan juga telah memperuntukkan tanah di sekitar kawasan itu untuk penganut agama lain kecuali Islam, seperti Kristian, Taoisme dan Sikh.

Dianggarkan kira-kira RM8 juta diperuntukkan oleh Buddhist Missionary Society of Malaysia (BMSM) bagi membina bangunan dua tingkat dengan bumbung taman.

Bangunan itu yang dijangka siap pada Ogos tahun depan, akan menjadi ibu pejabat kepada BMSM.

The post Pusat Buddha Nasional akan dibina di Putrajaya appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pusat Buddha Nasional akan dibina di Putrajaya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pusat Buddha Nasional akan dibina di Putrajaya"

Back To Top