Gema Semua Maklumat

Saman Zakir Naik: Mahkamah benarkan Perkasa jadi pencelah

Saman Zakir Naik: Mahkamah benarkan Perkasa jadi pencelah

KUALA LUMPUR 5 Syaaban 1438H, Selasa – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Perkasa menjadi pencelah dalam kes saman yang difailkan 19 aktivis liberal terhadap pendakwah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Plaintif dilaporkan berkata, mereka tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan mereka untuk mencelah manakala defendan membiarkan mahkamah untuk membuat keputusan.

Kemudian, Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said membenarkan permohonan itu.

Terdahulu, 19 individu itu mendapatkan perintah mahkamah mengisytiharkan Zakir ancaman kepada Malaysia, dengan memohon perintah menghalang pendakwah itu memasuki atau berada di negara ini.

19 individu itu antaranya Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) P Waythamoorthy, Adun Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam Siti Kasim dan Pengarah Pusat Inisiatif Dasar Lim Tech Ghee.

Mereka menamakan saman membabitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun kerajaan baru-baru ini mendedahkan, Zakir Naik memiliki status Pemastautin Tetap (PR) di Malaysia sejak lima tahun lalu.

The post Saman Zakir Naik: Mahkamah benarkan Perkasa jadi pencelah appeared first on Portal Islam dan Melayu.



Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di Saman Zakir Naik: Mahkamah benarkan Perkasa jadi pencelah
Tag : agama
0 Komentar untuk "Saman Zakir Naik: Mahkamah benarkan Perkasa jadi pencelah"

Back To Top