KUALA LUMPUR, 5 Syaaban 1438H, Selasa – Malaysia Airlines (MAS) hari ini mencapai penyelesaian apabila satu pasangan keluarga Australia menarik balik saman yang dikemukakan terhadap syarikat penerbangan itu.
Pasangan Anthony dan Marite Maslin itu memfail saman ke atas MAS tahun lalu atas kehilangan tiga orang anak mereka Mo, 12, Evie, 10, dan Otis, 8, serta bapa Marite, Nick Norris selepas pesawat MH17 yang dinaiki mereka ditembak jatuh di ruang udara Ukraine.
“Malaysian Airlines System Berhad mengesahkan ia mencapai penyelesaian dengan keluarga Maslin dan oleh itu saman tersebut telah ditarik balik.
“MAS bagaimanapun tidak akan mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai saman itu atau butiran penyelesaiannya bagi menghormati privasi keluarga berkenaan,”kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia Airlines juga berkata, pihaknya sentiasa bercadang membayar ganti rugi penuh kepada semua waris di bawah Konvensyen Montreal dan penyelesaian dengan pasangan Maslin “tidak sama dengan pengakuan liabiliti bersalah.
“Malaysia Airlines terbang di ruang udara tanpa had dan mematuhi semua peraturan yang diguna pakai dalam menyedia dan mengendalikan
penerbangannya seperti yang disahkan Lembaga Keselamatan Belanda dalam laporan akhirnya nahas MH17,” kata syarikat penerbangan itu lagi.
Dilaporkan Maslin adalah keluarga pertama Australia yang mencapai penyelesaian dengan MAS ketika ini.
Penerbangan MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk timur Ukraine pada 17 Julai 2014 mengakibatkan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 44 rakyat Malaysia se
The post MH17: Saman pasangan Australia terhadap MAS ditarik balik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di MH17: Saman pasangan Australia terhadap MAS ditarik balik
0 Komentar untuk "MH17: Saman pasangan Australia terhadap MAS ditarik balik"