IPOH, 5 Syaaban 1438H, Selasa – Polis telah mengenal pasti dalang di sebalik kumpulan kongsi gelap Geng 24 dan Geng 36 yang paling terkenal di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya hanya menunggu masa untuk menahan individu terbabit.
Setakat ini katanya, pasukan petugas anti-kongsi gelap polis semakin hampir menjejaki ketua-ketua kumpulan gangster itu berikutan penahanan ahli Geng 24 dan Geng 36 di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
“Kami akan melancarkan ops khas untuk menangkap penggerak utama mereka. Buat masa ini, kami sedang mengumpul seberapa banyak maklumat maklumat berkaitan pemimpin-pemimpin ini bagi mengukuhkan kes terhadap mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012,” katanya.
Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata, seramai 40 anggota geng 24 dan 36 telah diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 2012 (SOSMA).
“Selepas tindakan dikenakan ke atas anggota kumpulan 24 dan 36, aktiviti gengster telah menurun sehinggakan baru-baru ini mereka menggunakan pula taktik baharu dengan melibatkan pelajar sekolah.
“Mereka (anggota kumpulan) tahu tindakan yang dikenakan ke atas pelajar agak sederhana iaitu di bawah Kanun Keseksaan berbanding mereka yang dikenakan tindakan di bawah SOSMA yang apabila didakwa, mahkamah tidak akan memberi ikat jamin sehingga selesai perbicaraan kes,” katanya.
The post Polis tunggu masa tahan ketua kongsi gelap paling dikehendaki appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di Polis tunggu masa tahan ketua kongsi gelap paling dikehendaki
0 Komentar untuk "Polis tunggu masa tahan ketua kongsi gelap paling dikehendaki "