RIYADH, 5 Syaaban 1438H, Selasa – Firma minyak milik kerajaan Arab Saudi – Saudi Aramco – kini secara rasmi menguasai kilang penapisan terbesar di Amerika yang memproses 600,000 tong minyak sehari di Texas, laporan berita telah mendedahkan.
Menurut laporan Washington Times, Royal Dutch Shell (RDSA) mengeluarkan kenyataan semalam berhubung penyelesaian perjanjian antara dua gergasi minyak itu, yang dimulakan sejak tahun lalu.
Sebagaimana laporan itu, syarikat dikenali sebagai Motova Enterprise LLC, melepaskan 50 peratus hak milik kilang penapisan di Port Arthur itu.
“Saudi Aramco (melalui anak syarikat milik penuhnya Refining Arab, Inc) memiliki sepenuhnya nama Motiva Enterprises LLC, entiti undang-undang, kilang penapis di Port Arthur dan 24 terminal pengedaran.
“Selain itu, Motiva mempunyai hak untuk menjual secara eksklusif petrol dan diesel jenama Shell di Georgia; North Carolina; South Carolina; Virginia; Maryland dan Washington DC, dan juga sebahagian timur Texas dan Florida,” kata kenyataan itu.
Menurut laporan, persetujuan perjanjian itu dicapai kurang dua bulan selepas Presiden Donald Trump bertemu Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman di White House.
CNN melaporkan Arab Saudi berharap IPO Aramco akan bernilai AS$2 trilion pada 2018. – Agensi
The post Saudi Aramco ambil alih kilang penapis minyak terbesar di Amerika Syarikat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di Saudi Aramco ambil alih kilang penapis minyak terbesar di Amerika Syarikat
0 Komentar untuk "Saudi Aramco ambil alih kilang penapis minyak terbesar di Amerika Syarikat"