Gema Semua Maklumat

Sekali lagi kempen #QuranHour pada 24 Ramadan

Sekali lagi kempen #QuranHour pada 24 Ramadan

SHAH ALAM, 27 Syaaban 1438H, Rabu – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) sekali lagi akan menganjurkan program #QuranHour untuk menjadikan bacaan al-Quran sebagai satu amalan harian, tahun ini.

Program itu bakal dilaksanakan melalui Malaysia #QuranHour pada 24 Ramadan dan World #QuranHour pada 31 Ogos ini.

Pengasas WUI, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, #QuranHour adalah gerakan berskala besar yang membawa agenda ummah untuk umat Islam bersama-sama mencintai al-Quran.

“Ia digerakkan secara besar-besaran bersama media seluruh negara kerana al-Quran mampu mengubah ekosistem dunia hari ini yang semakin menakutkan.

“Amalan rasuah, penyelewengan, jenayah, kepincangan keluarga berlaku kerana manusia tak memahami al-Quran. Dunia memandang serong terhadap Islam, kerana orang Islam itu tidak memahaminya agamanya sendiri.

“Kebanyakan umat Islam kini kurang memahami erti Islam, malah ada yang tidak tahu membaca al-Quran dan disebabkan itu, dengan memperluaskan kempen ini, sekurang-kurangnya mereka terpanggil untuk kembali kepada agama dan kitab, seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian,” katanya pada sidang media sempena program itu di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.

#QuranHour membawa visi untuk menggalakkan umat Islam seluruh negara dan dunia supaya bersama-sama meluangkan masa bagi membaca, memahami, menghayati serta berinteraksi tentang isi kandungan al-Quran.

Bagi kempen World #QuranHour dengan tema World of Compassion (Dunia Kasih Sayang), ia dijadualkan diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Manakala bagi Malaysia #QuranHour dengan tema Bangsa Berbudi dan Penyayang, ia dijadualkan diadakan di Majlis Sultan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 12 tengahari hingga 1 petang.

The post Sekali lagi kempen #QuranHour pada 24 Ramadan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sekali lagi kempen #QuranHour pada 24 Ramadan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Sekali lagi kempen #QuranHour pada 24 Ramadan"

Back To Top