27 Syaaban 1438H, Rabu – Exco Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zulaiha Sidek mengumumkan peletakan jawatan beliau, semalam.
Zulaiha yang juga Ketua Srikandi Penaja Bahagian Batu Gajah itu berkata, keputusan tersebut dibuat kerana sudah hilang kepercayaan terhadap PPBM Perak yang kini bergolak.
“Keputusan ini adalah atas desakan diri sendiri sebagai tanda sudah muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti,” katanya dipetik Utusan Online.
Beliau mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media di Ipoh, Selasa.
Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md Norani.
Bulan lalu pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman mengumumkan keluar parti kerana mendakwa wujud budaya ‘kasta’ dalam parti selain kecewa dengan hala tuju parti yang dilihat terpesong.
The post Exco Srikandi PPBM umum letak jawatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Exco Srikandi PPBM umum letak jawatan
0 Komentar untuk "Exco Srikandi PPBM umum letak jawatan"