Gema Semua Maklumat

SPRM tangkap kordinator jentera pilihan raya Parlimen Tangga Batu

SPRM tangkap kordinator jentera pilihan raya Parlimen Tangga Batu

MELAKA, 12 Syaaban 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam, menangkap bekas pembantu khas Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, berusia 56 tahun bergelar Datuk.

Tangkapan dilakukan kira-kira jam 7.30 malam tadi ketika dia datang memberi kenyataan di pejabat SPRM Melaka. Dia dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini.

The Star melaporkan Datuk itu akan didakwa dengan 15 tuduhan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram, Akta Pembiayaan Keganasan, selain Kanun Keseksaan.

Dia sebelum ini pernah ditangkap pada 28 November lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM100,000. Dia kemudian ditahan lagi pada 2 Disember bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pengubahan wang haram, tetapi dibebaskan dengan jaminan RM100,000.

SPRM turt merampas lebih RM150 juta wang tunai, kenderaan, dokumen dan aset lain.

Dia baru-baru ini dilantik sebagai kordinator jentera pilihan raya bagi Parlimen Tangga Batu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan itu.

The post SPRM tangkap kordinator jentera pilihan raya Parlimen Tangga Batu appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM tangkap kordinator jentera pilihan raya Parlimen Tangga Batu
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM tangkap kordinator jentera pilihan raya Parlimen Tangga Batu"

Back To Top