BANGI, 19 Syaaban 1438H, Selasa – Lembaga Tabung Haji (TH) menggesa pendeposit supaya memastikan akaun sentiasa aktif dengan melakukan transaksi seperti pemindahan keluar masuk simpanan bagi melayakkan mereka menerima hibah.
TH dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesan lebih 41,000 akaun pendeposit yang tidak aktif tanpa sebarang transaksi melebihi tempoh tujuh tahun.
Justeru kenyataan itu berkata, TH akan memindahkan akaun berkenaan ke kumpulan Akaun Tidak Aktif, mulai 3 Jun depan.
Katanya, pendeposit juga boleh mengaktifkan semula akaun dengan mengemas kini maklumat peribadi serta penamaan waris di cawangan TH berhampiran, Bank Islam dan Bank Rakyat.
“Bagi kes kehilangan buku akaun, pendeposit perlu hadir ke cawangan TH untuk membuat semakan dan penggantian buku akaun baharu,” katanya.
TH berkata, bagi akaun pendeposit yang meninggal dunia pula, waris boleh membuat permohonan tuntutan amaun dalam akaun dengan membawa dokumen berkaitan ke cawangannya.
“Pendeposit dinasihatkan untuk mengemas kini akaun bagi memudahkan urusan tawaran haji dan mengelak kes tidak terima surat akibat pertukaran alamat,” katanya.
The post TH kesan lebih 41,000 akaun pendeposit tidak aktif appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di TH kesan lebih 41,000 akaun pendeposit tidak aktif
0 Komentar untuk "TH kesan lebih 41,000 akaun pendeposit tidak aktif"