Gema Semua Maklumat

Viral gambar anak berdarah benar, ibu minta netizen hentikan fitnah

Viral gambar anak berdarah benar, ibu minta netizen hentikan fitnah

KOTA TINGGI, 27 Syaaban 1438H, Rabu – Seorang wanita yang didakwa mahu mendapatkan bantuan orang ramai dengan meraih simpati menerusi gambar anaknya yang viral di Facebook, merayu agar fitnah itu dihentikan.

Wanita berkenaan, Nurin Diana sebelum ini memuat naik status dan gambar anaknya yang mengalami pendarahan teruk di bahagian mulut.

Bagaimanapun, netizen mengesyaki ibunya telah meletakkan bahan pewarna pada kanak-kanak itu.

Ia menjadi tular di laman sosial selepas gambar dan videonya itu dimuatnaik Nurin Diana ke laman sosialnya dan mendapat lebih 17,000 perkongsian setakat ini.

Perkara itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannya bersimpati dengan nasib bayi itu.

Tidak kurang juga mendakwa wanita berkenaan sengaja meletakkan bahan pewarna pada wajah anaknya bertujuan untuk meraih simpati dan mendapatkan bantuan secara mudah.

Bagaimanapun, Nurin menegaskan tuduhan yang dilemparkan padanya adalah sama sekali tidak benar dan beliau turut memberitahu bahawa gambar yang dimuatnaiknya bukanlah untuk meraih simpati orang ramai tetapi sebaliknya ingin mencari penawar buat anaknya yang sedang sakit.

Terkini, Nurin juga dilihat telah memuat naik laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kota Tinggi, Johor lantaran tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

The post Viral gambar anak berdarah benar, ibu minta netizen hentikan fitnah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Viral gambar anak berdarah benar, ibu minta netizen hentikan fitnah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Viral gambar anak berdarah benar, ibu minta netizen hentikan fitnah"

Back To Top