Gema Semua Maklumat

100,000 lagi orang awam masih terperangkap di Mosul: PBB

100,000 lagi orang awam masih terperangkap di Mosul: PBB

BEIRUT, 23 Ramadan 1438H, Ahad – Hampir 100,000 orang awam masih terperangkap di bandar yang dikawal militan Daesh di Mosul, dibimbangi menjadi sasaran serangan rejim Syria yang disokong Amerika Syarikat (AS)untuk menawan semula bandar itu.

Agensi Pelarian PBB (UNHCR) berkata, orang awam di bandar tersebut dijadikan sebagai benteng pertahanan kepada Daesh terutama di Old City.

“Mereka (orang awam) yang terperangkap sedang berdepan dengan ketiadaan bekalan makanan, air elektrik dan bahan api.

“Orang awam yang berada dalam bandar itu semakin terjejas teruk dengan kemiskinan dan rasa panik ekoran dikelilingi dengan pertempuran dan serangan,” katanya.

Serangan merebut kembali Mosul oleh kerajaan Syria bermula sejak 17 Oktober lalu dengan sokongan utama udara dan darat daripada gabungan antarabangsa yang diketuai AS.

Kira-kira 800,000 penduduk pra-peperangan di bandar utara Iraq telah melarikan diri meminta perlindungan di kem-kem pelarian di negara jiran.- Agensi

The post 100,000 lagi orang awam masih terperangkap di Mosul: PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 100,000 lagi orang awam masih terperangkap di Mosul: PBB
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "100,000 lagi orang awam masih terperangkap di Mosul: PBB"

Back To Top